Seekor katak kecil


Pada suatu hari di sebuah perkampungan katak.. satu pertandingan untuk melompat naik ke atas tebing yang tinggi diadakan. Barang siapa yang dapat melompat naik tebing tersebut bakal mendapat anugerah dan dikahwinkan dengan puteri raja katak. Maka beribu-ribu katak datang mencuba nasib mereka. Awal-awal lagi apabila memerhatikan tebing yang tinggi itu, beratus-ratus katak mengatakan yang ianya mustahil untuk dilepasi dan lantas ada juga di antara mereka yang langsung tidak mahu mencuba.
Maka beribu-ribu katak yang lain mencuba untuk melompat naik. Setelah mencuba dan terus mencuba, tiada yang berjaya. Satu demi satu mengalah dan berputus asa. Mereka yang berputus asa itu akhirnya berkata, "Tak mungkin sesiapa pun yang akan dapat melepasinya."
Dalam banyak2 katak yang datang itu, ada seekor katak kecil yang turut mencuba untuk melompat naik tanpa jemu. Walaupun banyak orang yang mengutuk dan mentertawakannya.
Semakin lama, semakin banyaklah katak yang kecundang dan berputus asa. Namun katak kecil itu berterusan mencuba dengan gigihnya hingga tinggal dia seekor sahaja yanng masih mencuba.
Pada masa itu, boleh dikatakan semua katak mengatakan mustahil untuk melepasi tebing itu. Tidak kurang juga yang mengutuk dan mentertawakan katak kecil tersebut.
Entah bagaimana, katak kecil itu akhirnya berjaya melompat naik ke tebing tersebut dengan hanya satu lompatan sahaja. Kejayaan itu disambut dengan tepukan gemuruh oleh semua katak yang hadir. Maka dia kemudiannya dipanggil turun oleh raja katak untuk disampaikan anugerah tersebut.
Raja katak....bertanya apakah rahsianya hingga Berjaya melompat naik ke tebing yang begitu tinggi itu…
Namun katak kecil itu hanya mendiamkan diri. Kemudian datang kawannya seraya menjawab, “Ampun, tuanku, kawan saya ni PEKAK.”
Oleh itu, apakah pengajaran dari cerita ini? Mari bersama-sama kita fikirkan..hehe